Monday, March 7, 2011

Batuk n Sukar Bernafas

Batuk & Sukar Bernafas sembuh Minyak Kelapa Dara habbatus sauda

Pada asalnya ayah saya merupakan seorang yang sihat walaupun umurnya sudah agak berusia, namun selepas jatuh dari katil, kesihatan ayah saya agak terjejas, beliau sering batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas, menurut ayah saya ketika jatuh sikunya telah terhentak pada rusuknya, beliau juga merasa sakit di kawasan yang terhentak itu setiap kali batuk. Selepas mendengar cerita ayah, saya dan isteri membawa ayah untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital, alhamdulillah tiada keretakan atau kecederaan di bahagian tersebut,

Selepas sesi rawatan di hospital keadaan ayah saya tetap tidak berubah, teringat cerita tentang kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli dari seorang teman, saya terus menelefon pihak syarikat dan bertanyakan produk yang sesuai, mereka mencadangkan saya menggunakan Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS), pada peringkat awal pengguanaan ayah saya tetap batuk, bezanya cuma batuknya tidak seperit dulu dan sakit di rusuk yang terhentak juga turut berkurangan, kesan dari penggunaaan yang rutin kesakitan ayah saya pulih hampir sepenuhnya malahan ayah saya lebih ceria dan bertenaga dari sebelumnya.



Buasir Minyak Kelapa Dara

Sembuh setelah minum minyak kelapa dara habbatus sauda (vchos)

Saya telah menghidap buasir kira - kira 20 tahun sehingga sampai satu peringkat, doktor terpaksa membuang dan memotong bahagian yang terkeluar di kawasan itu. Tetapi ia tidak berakhir di situ sahaja, kerana tiap kali semasa saya ke bilik air bahagian yang dipotong itu sering mengeluarkan darah. Macam - macam ubat dan herba yang saya makan, tetapi tidak berhasil. Kesanya tetap sama. Sehinggalah saya berjumpa dengan rakan saya waktu ketika sekolah dahulu yang menjalankan perniagaan Bioasli ini. Mula–mula rakan saya hanya menawarkan untuk saya menyertai Bioasli sahaja. Dan dikesempatan itu saya memberitahu beliau penyakit yang saya hadapi selama ini.

Selepas saya menyertai Bioasli, beliau berikan saya sebotol minyak kalapa dara habbatus sauda VCOHS. Saya minum pada hari pertama, perubahan yang sungguh menakjubkan dan tidak pernah terfikir di fikiran saya, bahagian yang dipotong itu tidak lagi mengeluarkan darah. Dan sehingga kini saya masih lagi mengamalkan minum minyak kalapa dara habbatus sauda VCOHS mengikut turutan penggunaan yang di berikan.

Asma Kronik Minyak Kelapa Dara

Kisah benar dan rahsia terbongkar Penyakit Asma Kronik

Kelebihan Minyak Kelapa Dara kepada penghidap Asma. Ikutilah kisah Maya. Maya seorang pelajar IPT yang merupakan pengidap penyakit asma sejak lahir dan kini umur Maya mencecah 24 tahun.

Namun, pada ketika ini penyakit asma yang Maya hadapi seolah-olah hilang dari hidup Maya dan sekarang Maya tidak lagi bergantung kepada Inhaler (Asthalin), dan seolah – olah Maya lupa yang Maya adalah penghidap Asma Kronik. Kerana jika dahulu kemana – mana Maya pergi, Inhaler ini ibarat nyawa Maya.

Rahsianya, Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara asli sejak bulan januari 2010 dan kesannya dapat dilihat dalam masa 3 bulan. Sebelum ni, ibu bapa Maya telah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit asma ni. Sebab Asma memang membantutkan kehidupan Maya dan terpaksa bergantung kepada ubat hospital seperti (nama pil asma: salbutamol). Tapi selama mana harus bergantung kepada pil yang pasti megandungi kandungan dadah tu???

Alhamdulillah. Lepas 3 bulan Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara pagi dan petang setiap hari, Asma Maya semakin sembuh dan insyAllah, Maya berharap suatu hari Asma Maya akan sembuh sepenuhnya supaya Maya dapat pergi camping dan menjalani aktiviti lasak dengan jayanya.

Bagi anda yang menghidap penyakit Asma, atau saudara - mara anda, berusaha dan berikhtiarlah mencari penawarnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.

P/S: Nikmat sihat hanya diketahui oleh org yg sakit.

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Resdung : Minyak Kelapa Dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Tiroid : Minyak kelapa dara boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dara dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

Penjagaan Rambut: Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering.

Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut.

Mengurangkan tekanan : Minyak kelapa dara membantu mengurangkan tekanan dan kerana itu membantu dalam menghilangkan stres. Meletakkan minyak kelapa dara di kepala diikuti dengan urutan lembut dapat membantu menghilangkan keletihan mental.

Penjagaan Kulit: Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan minyak kelapa dara. minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit.

Melewatkan proses Penuaan : Minyak kelapa membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.

Penyakit Jantung : Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Berat Badan: Minyak kelapa dapat membantu mengurangkan berat badann. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.

Pencernaan: Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.

Kekebalan tubuh : minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

Penyembuhan secara semulajadi : Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

Jangkitan : minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.

Hati : Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

Buah pinggang : Minyak kelapa membantu dalam mencegah penyakit buah pinggang dan penyakit hempedu. Ia dapat membantu dalam memecah batu karang pada buah pinggang.

Diabetes : Minyak kelapa membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

Tulang : Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Penjagaan Gigi : Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi.

HIV dan Kanser : Adalah dipercayai bahawa minyak kelapa memainkan peranan penting dalam merencatkan pembiakan virus HIV dan kanser pesakit.

Lain-lain :, minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.

Jangkitan Kuman Dalam Otak

Jangkitan Kuman Dalam Otak

Saya adalah surirumah sepenuh masa. Saya masuk Bioasli ini, pertama di sebabkan anak saya yang berumur 2 tahun lebih, menghidap jangkitan kuman dalam otak. Kedua kerana ingin menjana pendapatan sebab saya melihat Bioasli ini boleh pergi jauh. Tentang anak saya tu..sebelum ini saya mendapatkan rawatan moden untuk anak saya, tetapi kesannya kurang dan tidak banyak perubahan yang berlaku.

Apabila saya konsisten memberikan Minyak Kelapa Dara ini pada setiap hari, alahamdulillah sekarang banyak perubahan yang berlaku berbanding sebelumnya. Saya berharap penyakitnya akan sembuh sepenuhnya secepat mungkin.

Selain itu terima kasih kepada upline saya yang banyak membantu dan mengajar saya cara–cara membuat promosi melalui sosial networking dan sebagainya walaupun saya dan upline tidak pernah berjumpa. Kami hanya berhubung secara online menggunakan email dan yahoo messenger.

Terima kasih juga kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk yang berkualiti, berkesan dengan harga produk yang sangat berpatutan.

Kudis Buta Sembuh Dengan Minyak Kelapa Dara

Kudis Buta Sembuh Dengan Minyak Kelapa Dara


Ali, putera sulung Pengarah Urusan Bioasli baru-baru ini selamat pulang dari selesai mengerjakan umrah di Mekah. Sebelum beliau berangkat untuk mengerjakan umrah, bapanya berpesan supaya beliau membawa minyak kelapa dara (VCOP) untuk mencegah dan menghalang dari terkena penyakit yang mudah merebak. Bagaimanapun pesanan itu tak tertunai kerana kesibukan persiapan mungkin.

Seperti yang dijangkakan, beliau mendapat jangkitan pada bahagian kulit kaki. Dari rawatan yang diperolehi, doktor mengesahkan bahawa beliau terkena jangkitan kudis buta yang agak teruk. Semasa baru tiba dari Mekah penyakit tersebut telah merebak di banyak bahagian kulit kaki. Dengan semata-mata menggunakan VCOP (dengan menyapunya pada bahagian kulit yang terkena jangkitan sehingga basah pada setiap hari iaitu waktu pagi dan malam sebelum hendak masuk tidur) akhirnya terbukti VCOP sangat mujarab untuk mengatasi jangkitan kulit.

Selepas lebih kurang dua minggu penggunaannya, penyakit tersebut mula sembuh dan yang tinggal hanya kesan parut.

Jika VCOP ini digunakan berterusan, ia sebenarnya boleh menghilangkan parut yang terjadi akibat penyakit tersebut. Tetapi penggunaanya perlulah dengan teratur dan secara berterusan.

Nota :

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit. Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Kurang Susu Badan Minyak Kelapa Dara

Testimoni Ibu Kurang Susu Badan minum Minyak Kelapa Dara Bio Asli

Pengetahuan yang saya dapat, penyusuan ibu mampu mengeratkan jalinan hubungan emosi dan psikologi antara ibu dan anak. Jadi sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, saya semestinya menginginkan yang terbaik untuk si manja saya. Saya merasa bangga bila si manja mula menyusu dan menerima pemberian saya yang tidak terhingga nilainya itu.

Malangnya nikmat menyusui anak tidak lama. Saya tidak berupaya menghasilkan air susu yang sepatutnya pada sekitar bulan yang ke enam. Hal itu cuma saya sedari bila saya melihat si manja seakan tidak puas menyusu.

Macam-macam ikhtiar yang saya lakukan, tetapi keputusan tetap sama, sehinggalah saya cuba mengamalkan minum minyak kelapa dara asli (VCOP). Alhamdulillah, kesannya positif dan air susu badan saya bertambah banyak. Si manja saya kini kelihatan lebih puas menyusu berbanding sebelumnya.

Seperkara yang ingin saya kongsikan dengan anda anak saya sehingga kini tidak mudah mengalami selsema atau demam seperti kebanyakan bayi lain.

Jadi saya mengesyorkan ibu-ibu di luar sana yang menyusukan anak,gunakanlah minyak kelapa dara untuk kesihatan diri dan si manja.

Produk digunakan Minyak Kelapa Dara Asli (kod vcop) Info Lanjut klik sini

Terkena cuka getah Minyak Kelapa Dara

Testimoni Terkena cuka getah & rawat menggunakan Minyak Kelapa Dara

Asid formic atau lebih di kenali sebagai cuka getah adalah pemangkin untuk proses pembekuan susu getah(lateks). Sifatnya yang menghakis boleh mendatangkan kecedaraan seperti melecur dan buta jika terkena pada mata jika tidak di kendalai dengan cermat dan berhati-hati. Namun begitu,manusia merancang dan Allah yang menentukan. Malang tidak berbau bagi puan Rosiah yang merupakan penoreh getah sejak bertahun-tahun dahulu,apabila kemalangan telah berlaku dan menimpanya ketika sedang melakukan kerja-kerja membekukan susu getah. Pada hari Isnin tersebut,dalam hujan renyai-renyai beliau ingin menyegerakan kerja-kerja dan pulang awal ke rumah. Oleh kerana licin,tanpa di sedari ketika mencapai bekas berisi cuka getah(asid formic) tersebut,tiba-tiba ia terjatuh dan sebahagiannya terpercik ke badan dan muka beliau. Serta merta kulitnya mula memerah dan melecur di sebabkan sifat penghakis asid tersebut. Dengan menahan kesakitan,beliau berlari ke rumah dan mengambil minyak kelapa dara asli keluaran bioasli yang sentiasa menjadi keperluan di rumahnya dan segera menyapukan ke bahagian kulit yang terkena cuka getah tadi. Kesakitan yang di alami agak reda dan beliau terus merujuk kepada klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat beliau amat terkeju kerana kesan pada kulit yang terkena cuka getah itu tidak melecur dengan teruk. Doktor tersebut menyatakan terdapat kes sepertinya pada minggu sebelumnya dan mangsa cedera melecur dengan teruk sekali. Puan Rosiah menceritakan pada doktor bahawa beliau telah menyapukan minyak kelapa dara asli keluaran Bioasli pada tempat tersebut dan sendiri merasa tidak percaya dengan kesannya. Beliau bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk hebat ini.

Produk yg digunakan Minyak Kelapa Dara Asli info lanjut klik sini