Thursday, May 17, 2012

Demam dan jangkitan kuman anak saya Nurul Hidayah


PADA 11052012 kuman dh naik kt muke ni gambar pada 12052012 hari ke 2 byk cikit setelah sapu minyak kelapa dara n bg minum...

Pada 14052012 hari ke4 eheheheh dah hilang kuman nye..tiap2 hari Abah sapu minyak kelapa dara n minum 1sudu sehari..sihat n cantik muke anak abah ni..terima kasih bioasli kerana mengeluarkan produk minyak kelapa dara...ini pengalaman sy sendiri menggunakan minyak kelapa dara asli keatas anak ke4 yg berumur 6bln lebih...

Wednesday, April 25, 2012

Demam "chicken pox" Bio asli



Demam 
Anak saya jenis tidak suka makan ubat doktor n hanya ambil air kosong dan susu.Tambah lak demam 'chicken pox' kena sapu bedah sejuk, letak daun mambu...
lagi la anak saya xsuka.Sebagai ibu, saya cari alternatif lain supaya
anak saya mahu makan ubat utk pulihkan deman 'chicken pox'. Alhamdulillah MKD pure dpt selesaikannya dgn mencampurkannya dgn JUS HERBA MAS MADU. Dalam masa yg sama, anak sy rajin buat kerja sekolah.

Day 2 - hari pertama minum minyak kelapa dara asli...keesokkan hari..ni hasilnya..gelembung2 air keluar.
Day 4 - dgn teruskan ambil MKD asli makan n sapu...ni hasilnya...gelembung2 air mula mengecut.
Day 6 - gelembung2 air mula mengering
Day 11 - kulit2 kering mula mengelupas
Bersyukur sangat, anak cakap sapu minyak tu tidak rasa gatal langsung..:)    

Monday, April 11, 2011

Penyakit Resdung n Astma

Penyakit Resdung n Astma sembuh dengan minyak kelapa dara + habbatus sauda (vcohs)



a.kum.saya mus.Satu pengalaman untuk pengguna produk bioasli.Saya ada 2 penyakit iaitu resdung dan astma.Sejak saya minum VCOHS keadaan penyakit yang saya alami ini ,boleh di katakan 90% sembuh dengan izin ALLAH SWT.Sebelum ini saya mesti mengambil ubat resdung di klinik swasta.Untuk satu minggu saya perlu bayar RM10,bayangkan selama 7 tahun saya perlukan ubat untuk resdung.Berapa wang yang saya habiskan.Ubat di hospital kerajaan tidak dapat menghilangkan gatal gatal di muka dan hidug saya dan saya kerap mendapat selsema.Amalkan minum VCOHS untuk kesihatan.

Tuesday, April 5, 2011

Tanda barah prostat

Lelaki botak usia 20-an dikatakan petunjuk awal risiko kanser

MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ini sebaliknya turut dikaitkan dengan penyakit lebih serius iaitu kanser prostat.

Inilah hasil kajian terbaru sekumpulan penyelidik Perancis diketuai Dr Philippe Giraud, penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris. Kajian sejak 2004 dengan proses analisisnya memakan masa dua tahun, mendakwa lelaki yang mengidap kanser prostat, adalah dua kali ganda berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda keguguran rambut atau botak seawal usia 20-an berbanding mereka yang tidak mengidap masalah itu.
“Kajian mendapati, lelaki yang mula gugur rambutnya pada usia 30-an atau 40-an, tidak berdepan risiko kanser prostat sebaliknya mereka yang mula keguguran rambut pada usia 20-an mengalami risiko lebih tinggi mengidap kanser pada awal usia atau mengalami tumor yang lebih agresif.

kenyataan Doktor2 pakar klik sini video

“Rambut gugur yang dikaitkan dengan masalah androgen juga ada kena mengena dengan kanser prostat,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Persatuan Perubatan Onkologi Eropah, baru-baru ini.

Dr Giraud berkata, biarpun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan manfaat proses saringan terhadap orang awam bagi mengesan kanser prostat, penyelidik perlukan cara berkesan bagi mengenal pasti lelaki yang berisiko tinggi menghidap penyakit barah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dan rakan penyelidik akan membuat lebih banyak kajian lanjut bagi melihat sama ada campur tangan kaedah rawatan mungkin bersesuaian bagi lelaki yang mengalami botak pada usia muda.
“Pakar perubatan perlu tahu siapa sasaran saringan dan dipertimbangkan untuk pencegahan kemoterapi.

“Botak pada usia 20-an mungkin boleh jadi faktor risiko paling mudah untuk mengesan masalah ini, begitupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini,” katanya yang juga Profesor bidang radiasi onkologi Universiti Descartes Paris.

Menerusi kajian itu, kumpulan penyelidik itu menyedari corak botak lelaki (androgenic alopecia) sangat biasa berlaku dan dialami separuh dari keseluruhan lelaki pada satu peringkat dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, pencetus penyakit ini dikaitkan dengan perubahan testosterone kepada hormon androgenic.

Bagi memeriksa dengan teliti kemungkinan hubungan antara corak rambut botak dengan kanser prostat, pasukan penyelidik Perancis mengambil masa dua tahun menganalisa perkembangan penyakit dan corak keguguran rambut terhadap 388 lelaki yang mengalami kanser prostat berusia antara 46 hingga 84 tahun.

Bermula pada 2004, penyelidik meminta mereka menunjukkan sama ada pernah mengalami masalah botak sebelum ini, bila masalah rambut gugur bermula dan secara khusus jenis rambut gugur yang berlaku ketika berusia 20, 30 dan 40 tahun.

Kajian mendapati 37 pesakit kanser prostat (dan 14 lelaki sihat) mengalami beberapa bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun, seperti penyusutan rambut di dahi kepada botak bertompok di atas kepala atau kombinasi kedua-duanya. Dalam kajian itu sebarang bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun dikaitkan dengan bergandanya risiko kanser prostat, yang mana tanpa corak khusus keguguran rambut menjadikannya risiko yang lebih mudah dijangka berbanding risiko lain.

Biarpun pasukan penyelidik enggan membuat kesimpulan bahawa masalah botak dan kanser prostat saling berkaitan, seorang lagi pakar Amerika Syarikat iaitu Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City bersetuju bahawa hasil kajian berkenaan boleh dipertimbangkan.

“Kita juga sedar wujudnya faktor genetik yang menjadikan kanser prostat lebih tersebar luas. Sebagai contoh, lelaki yang ada kaitan persaudaraan seperti bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami barah prostat berbanding lelaki tanpa sejarah keturunan. Genetik juga memainkan peranan kepada lelaki yang mengalami rambut gugur pada usia muda,” katanya.

INFO: Barah prostat
  • Turut digelar penyakit orang tua kerana lambat merebak
  • Kira-kira 90 peratus dari sel barah ini merebak ke tulang selain kawasan lain termasuk pundi kencing.
  • Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
  • Penduduk di California, Amerika Syarikat adalah 100 kali lebih ramai dijangkiti barah ini berbanding penduduk Cina di Shanghai.

Monday, March 7, 2011

Batuk n Sukar Bernafas

Batuk & Sukar Bernafas sembuh Minyak Kelapa Dara habbatus sauda

Pada asalnya ayah saya merupakan seorang yang sihat walaupun umurnya sudah agak berusia, namun selepas jatuh dari katil, kesihatan ayah saya agak terjejas, beliau sering batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas, menurut ayah saya ketika jatuh sikunya telah terhentak pada rusuknya, beliau juga merasa sakit di kawasan yang terhentak itu setiap kali batuk. Selepas mendengar cerita ayah, saya dan isteri membawa ayah untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital, alhamdulillah tiada keretakan atau kecederaan di bahagian tersebut,

Selepas sesi rawatan di hospital keadaan ayah saya tetap tidak berubah, teringat cerita tentang kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli dari seorang teman, saya terus menelefon pihak syarikat dan bertanyakan produk yang sesuai, mereka mencadangkan saya menggunakan Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS), pada peringkat awal pengguanaan ayah saya tetap batuk, bezanya cuma batuknya tidak seperit dulu dan sakit di rusuk yang terhentak juga turut berkurangan, kesan dari penggunaaan yang rutin kesakitan ayah saya pulih hampir sepenuhnya malahan ayah saya lebih ceria dan bertenaga dari sebelumnya.



Buasir Minyak Kelapa Dara

Sembuh setelah minum minyak kelapa dara habbatus sauda (vchos)

Saya telah menghidap buasir kira - kira 20 tahun sehingga sampai satu peringkat, doktor terpaksa membuang dan memotong bahagian yang terkeluar di kawasan itu. Tetapi ia tidak berakhir di situ sahaja, kerana tiap kali semasa saya ke bilik air bahagian yang dipotong itu sering mengeluarkan darah. Macam - macam ubat dan herba yang saya makan, tetapi tidak berhasil. Kesanya tetap sama. Sehinggalah saya berjumpa dengan rakan saya waktu ketika sekolah dahulu yang menjalankan perniagaan Bioasli ini. Mula–mula rakan saya hanya menawarkan untuk saya menyertai Bioasli sahaja. Dan dikesempatan itu saya memberitahu beliau penyakit yang saya hadapi selama ini.

Selepas saya menyertai Bioasli, beliau berikan saya sebotol minyak kalapa dara habbatus sauda VCOHS. Saya minum pada hari pertama, perubahan yang sungguh menakjubkan dan tidak pernah terfikir di fikiran saya, bahagian yang dipotong itu tidak lagi mengeluarkan darah. Dan sehingga kini saya masih lagi mengamalkan minum minyak kalapa dara habbatus sauda VCOHS mengikut turutan penggunaan yang di berikan.

Asma Kronik Minyak Kelapa Dara

Kisah benar dan rahsia terbongkar Penyakit Asma Kronik

Kelebihan Minyak Kelapa Dara kepada penghidap Asma. Ikutilah kisah Maya. Maya seorang pelajar IPT yang merupakan pengidap penyakit asma sejak lahir dan kini umur Maya mencecah 24 tahun.

Namun, pada ketika ini penyakit asma yang Maya hadapi seolah-olah hilang dari hidup Maya dan sekarang Maya tidak lagi bergantung kepada Inhaler (Asthalin), dan seolah – olah Maya lupa yang Maya adalah penghidap Asma Kronik. Kerana jika dahulu kemana – mana Maya pergi, Inhaler ini ibarat nyawa Maya.

Rahsianya, Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara asli sejak bulan januari 2010 dan kesannya dapat dilihat dalam masa 3 bulan. Sebelum ni, ibu bapa Maya telah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit asma ni. Sebab Asma memang membantutkan kehidupan Maya dan terpaksa bergantung kepada ubat hospital seperti (nama pil asma: salbutamol). Tapi selama mana harus bergantung kepada pil yang pasti megandungi kandungan dadah tu???

Alhamdulillah. Lepas 3 bulan Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara pagi dan petang setiap hari, Asma Maya semakin sembuh dan insyAllah, Maya berharap suatu hari Asma Maya akan sembuh sepenuhnya supaya Maya dapat pergi camping dan menjalani aktiviti lasak dengan jayanya.

Bagi anda yang menghidap penyakit Asma, atau saudara - mara anda, berusaha dan berikhtiarlah mencari penawarnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.

P/S: Nikmat sihat hanya diketahui oleh org yg sakit.